Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, April 22, 2011

Leeya da bersalin!

tak tau nape aku tergerak nk tepon lia (budak kelas aku mase kt polisas & officemate aku) ari nih...
skali bile cal, laki die angkat.. aku heran gak..
rupe2nye lia dah bersalin! waaa!!! eksitednyeee!!

lia selamat bersalin kol 3.07a.m di hospital putrajaya pagi tadi..
 malam tadi lebeh kurang kol 12 mlm, die sakit perut.. terus pegi ospital.. kol. 2, doc cakap da bukak 4cm.. fuh.. kol 3 tu trus beranak!. wow.. kejap gile... senang pulak die besalin.. orang len tuh siap sakit kt hospital sehari baru boleh bersalin.. Aku harap aku pon akan senang beranak cam die kelak..

takot weh.. turn aku dalam ujung bulan depan dah.. adoi.. terbayang2 aku time nk beranak nnt camane.. huhu..
papepon, tahniah buat lia dan sekeluarga, akhirnya selamat melahirkan baby pertamanye.. semoga dirahmati Allah.. Amin..

esok pagi, aku  akan pegi ke putrajaya nk g jenguk die dan baby baru!! xsaba rasenye.. rase cam nk pegi mlm nih terus!

Thursday, April 21, 2011

34 weeks pregnant

Perkembangan fetus - hamil 34 minggu

di ambil dari BabyCenter Malaysia


Berat bayi anda sekarang 4.7 paun / 2.2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Dia semakin gempal dan bulat - dia akan memerlukan lapisan-lapisan lemaknya untuk mengaturtepatkan suhu badannya. 

Jika sebelum ini anda belum lagi mula bercakap dengan bayi anda, ini adalah masa yang baik untuk memulakannya - pada 35 minggu kehamilan, pendengaranbayi sudah terbentuk dengan sempurna. Jangan pula terasa malu jika anda sudahpun berbual menggunakan cakap pelat bayi. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa bayi baru lahir memberi lebih perhatian kepada nada suara yang tinggi. 
Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Jika anda merasa bimbang tentang kemungkinan berlakunya pelahiran pramatang, anda akan bersenang hati untuk mengetahui bahawa 99 peratus daripada bayi yang lahir pada 35 minggu kehamilan boleh hidup di luar rahim - dan majoriti tiada menghadapi masalah yang serius. Walaupun sistem saraf pusat bayi anda masih belum matang sepenuhnya, paru-parunya sudah hampir matang sepenuhnya sekarang. 

Ramai wanita mula merasakan sensasi semut-semutan dan kebas di daerah pelvis atau rasa sakit apabila mereka berjalan. Ini mungkin disebabkan sendi-sendi pelvis meregang, sebagai persediaan untuk kelahiran. Jika anda merasakan betul-betul tidak selesa, beritahu doktor anda dan rujuklah tip-tip membantu diri kami. 

Wednesday, April 13, 2011

33 weeks Pregnant

Perkembangan fetus - hamil 33 minggu

Di ambil dari BabyCenter Malaysia


Berat bayi anda sekarang 4.2 paun / 2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 17 inci / 44 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Bayi anda sepatutnya sedang bersiap sedia untuk dilahirkan dengan menunggangbalikkan badannya - kepala harus sudah menjunam ke bawah. 
Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Doktor anda akan memberi perhatian yang rapi kepada posisi bayi dalam minggu-minggu yang akan datang ini – sebab sesetengah bayi kadangkala suka memusing balik semula. 

Tengkorak bayi masih mudah dilentur dan belum lagi bertaut, untuk membolehkannya keluar dari kanal lahir yang agak sempit. Tetapi tulang di bahagian-bahagian lain dalam tubuhnya bertambah keras. Kulit bayi anda mula hilang kemerahannya dan kurang berkedut. 

Jika anda ibu buat pertama kali, kepala bayi anda akan bergerak masuk ke dalam pelvis di minggu ini dan menekan serviks dengan kuat. (Ini sering berlaku kepada setengah daripada ibu-ibu yang melahirkan pertama kali.) Jika anda ibu buat kali kedua, ianya akan berlaku seminggu sebelum kelahiran - dan untuk sebilangan ibu, ianya tidak berlaku sehingga sakit bersalin dan melahirkan bermula.Adakah anda bercadang untuk menangani sakit bersalin secara natural? Di sini terdapat semua yang anda perlu tahu tentang kelegaan sakit secara natural. 

Anda mungkin ternampak bahawa kaki dan pergelangan kaki anda menjadi bengkak menjelang ke petang. Retensi air, juga dikenali sebagai edema, adalah lebih teruk semasa cuaca panas dan di sebelah petang. Hairannya, banyak meminum air membantu mengurangkan retensi air. Badan anda - terutama sekali buah pinggang anda - dan bayi anda juga memerlukan banyak cecair, jadi minumlah air dengan banyak. Jika anda terasa bengkak-bengkak atau sembap di tangan atau muka dengan tiba-tiba, berhubunglah dengan doktor anda - ini mungkin tanda pra-eklampsia. 

Monday, April 11, 2011

mimpi budak kecik

aku actually memang excited la kan asek mimpi baby dan budak kecik skarang nih. Tambah tambah dah tengah sarat mengandung, xsaba nak tunggu baby keluar (walaupon takot nak beranak!..huhu)..

setiap kali aku mimpi, aku mesti bagitau Sabibi(lakiku) . die pon same naek suke la bile aku cite pasal nih.. tetibe semalam, aku tercerite kat orang opes aku..  Sekali kan, diorang warning aku untuk berjaga2..

hahhh!! apsal plak nk kene berjaga2?  diorang cakap kalo mimpi budak kecik nih  ade perkara yang tak baik nak mendekati kita.. Yaa Allah berderau naek bulu roma aku!.. Kak Ani (geng opes) cakap, berkaitan ngan saka.. Kak Sal (geng opes gak) pulak cakap takot ade makhluk halus yang nak kacau kita especially time kite ngah sarat mengandung nih.. adik aku, Aisyah pulak cakap takot orang nak hantar 'sesuatu kat aku'..

HAH SUDAH!!
takot la weii!!! aku terus google... Yes memang betol kate tafsir mimpi, sekiranya bermimpi kanak kanak kecil, atau mimpi hendak menyusukan budak kecil, atau ape2 je mengenai bukak kecil, memang diganggu oleh "Makhluk Halus"!! ..

aku memang takot gile.. semalam, balik umah, lepas smayang maghrib, aku ngaji.. pastu, masak ntok makan malam.. lepas makan, aku smayang isyak n then ngaji lagi!! sebelom nih pon aku ngaji gak.. tapi, malam tadi aku ngaji dengan feeling skali!!

bile nk tido, bace ayat kursi dan Al-fatihah, doa tidur..
aku mengaku kadang2 aku terlupa ntok baca semua tuh... memang la asek diganggu mimpi je..
mimpi kan gangguan syaitan.. huh.. :(

bangun pagi ari nih, Al-hamdulillah, aku tak mimpi ape2..
Sasabi tanye soalan kta ku pagi tadi

Sasabi: asal malam tadi nanges?(dia pasan aku nanges sebelom tido)
aku : takot nak beranak.. pastu, takot mimpi budak lagi..
Sasabi: dah tu, mimpi lagi ke malam tadi?
aku : tak.. orang bace ayat kursi.., Al-Fatihah, ngan doa tido skali..
Sasabi : Hum.. nanti nk tido bace gak surah 3 Kul. surah tu pon pendinding gak..
aku : owh.. tak tau pulak ..Okey..

aku harap, aku tidak akan diganggu oleh syaitan2 atau jin2 dan sihir!
Ya Allah.. bantulah hamba mu ini.. :(

Thursday, April 7, 2011

32 weeks pregnant

Perkembangan fetus - hamil 32 minggu

Diambil dari BabyCenter Malaysia


Berat bayi anda sekarang lebih kurang 3.75 paun / 1.7 kilogram dan panjangnya lebih kurang 17 inci / 42 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Walaupun paru-parunya belum akan matang sepenuhnya sehingga hampir dekat masa dilahirkan, anak kecil anda menyedut cecair amnion untuk menguatkan paru-parunya dan berlatih untuk bernafas. 
Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Bagi sesetengah bayi, rambut sudahpun memenuhi kepala, tetapi ada juga bayi hanya mempunyai beberapa gumpal rambut sahaja. Rambut lebat semasa lahir tidak bermakna rambut lebat di kemudian hari, namun begitu, lazimnya kanak-kanak yang mempunyai rambut halus di zaman kanak-kanak akan mempunyai rambut yang jarang semasa dewasa. 

Jika bayi anda lelaki, testikel sepatutnya turun dari abdomen dan masuk ke dalam skrotum. Namun kadangkala, satu testikel atau kedua-duanya tidak akan turun masuk ke tempatnya sehingga selepas kelahiran. Bagi dua per tiga bayi lelaki yang mempunyai testikel tak turun semasa lahir, keadaan ini memulih dengan sendirinya menjelang umur satu tahun. 

Anda mungkin menambahkan berat badan anda sebanyak satu paun / 450 gram setiap minggu, sebab dalam masa tujuh minggu sebelum lahir, bayi anda akan menambahkan lebih dari setengah berat lahirnya. Pastikan anda makan secara sempurna dalam minggu-minggu terakhir. 

Wednesday, April 6, 2011

PATAPON 2


aku tatau nape, aku memang dok gile maen game PATAPON 2  kt PSP skang.. huhu.. seblom tido mlm pon aku mesti maen dulu!! huhuhu...


game nih cute sangat!! siap ade nyanyi2 lagi.. 
dulu maen PATAPON 1.. yg tu pon x abeh2 lagi aku da maen PATAPON 2..
denga cite da klua PATAPON 3.. hum.. bestnyee!!


it's PATAPON FEVEEEER!! 

Monday, April 4, 2011

CHECK UP KLINIK

Pagi2 bute lagih aku da gerak ke klinik kesihatan Balakong.. nk tau kol bape? KOL 6.30 PAGI!
Nape aku pegi pagi2 bute? sebab aku nk dapartkan turn awal..

Alhamdulillah, aku dapat giliran  no.5. tu pon setelah pintu klinik tuh bukak kol 7.30pagi.. gile sejam aku tunggu ntuk dapatkan nombor turn awal.. naek kebas da kaki aku..

cam bese, check air kencing, berat badan aku 52 kg, pastu check jantung baby.. seme OK..
tapi yang tak bestnye, aku da tunggu pagi2 bute..walaopon tun giliran aku no.5, tapi, aku tak di panggil awal..

kenape???
sebab diorang utamakan ibu2 yang kene minom air gule.. sedehnyee!! penat tunggu lame2..
tapi nk wat canne kan.. ibu2 yang kene menom air gule tuh semenye puase.. walaopon angka giliran dorang 50 ke atas, dorang tetap akan dilayan dulu.. ceh!.. sian pulak kt dorang.. nanti kebulur pulak kene tunggu lame2.. takpe.. takpe.. ibu ngandong xleh lewat makan.. saya memahami situasi kami.. :)

so, aku abeh check up kol 9.15pagi.. Alhamdulillah, awal dari biase.. kalo dulu, kol 11 atao 12 tengahari baru aku siap.. fuh.. xdaye den..

Sasabi amek aku kt klinik kol 9.30.. kiotorang g makan dulu seblom g keje.. tapi, sempat lagi aku muntah dulu sebelom makan kt restoran Alif, Balakong tuh..

adoihh.. xabeh2 lagi morning sickness aku. sabo je laaa...

Friday, April 1, 2011

31 weeks pregnant

Perkembangan fetus - hamil 31 minggu

diambil dari BabyCenter Malaysia


Lengan bayi anda, kaki dan badan terus membesar - dan akhirnya sama padan dengan saiz kepala bayi anda. Beratnya lebih kurang 3.3. paun / 1.5 kilogram dan dia sudah kelihatan seperti bayi baru lahir. Ukuran panjangnya lebih kurang 16 inci / 41 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki. 
Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Anda mungkin sedar yang bayi anda tidak lagi bergerak sebegitu giat seperti dahulu. Jangan bimbang; dia tidak lagi mempunyai begitu banyak ruang dalam uterus anda. Selagi anda terasa dia menggeliang-geliut, anda tahu dia sihat sejahtera. Jangan tak percaya pula, dia masih perlu membesar lebih banyak lagi. Dia dijangka boleh naik berat badan dua paun / 900 gram lagi sebelum kelahiran. 

Organ bayi anda terus mematang dan dia membuang air kecil dari pundi kencingnya: Ini persediaan yang baik untuk melatih dia kencing selepas kelahiran. Tak lama lagi anda boleh meramal apakah yang diidam-idamkan oleh bayi anda - skan otak menunjukkan yang fetus mempunyai waktu-waktu tidur bermimpi pada bulan kelapan. 

Anda mungkin telah meningkat berat badan sebanyak tiga hingga empat paun / 1.3 hingga 1.8 kilogram pada bulan ini. Adalah normal bagi berat badan naik satu paun / 460 gram seminggu semasa trimester terakhir sebab bayi anda mengalami satu lonjakan pertumbuhan terakhir sebelum dia dilahirkan. 

Adakah pola tidur anda berubah? Ambil tahu mengapa. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.